Khamis, 24 Jun 2010

BASIKAL MURID SK AMPANG

Yang dihormati
Semua Ibubapa / Penjaga Murid                         Ruj.Kami : SKA/03/01/001
Sekolah Kebangsaan Ampang                            Tarikh : 24 Jun 2010
Tuan/puan,
BASIKAL MURID

Perkara di atas adalah dirujuki.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah menetapkan beberapa perkara yang perlu ada pada setiap basikal murid-murid SK Ampang seperti berikut :

2.1 Brek Keselamatan

2.2 Tongkat

2.3 Kunci

2.4 Lampu hadapan dan lampu keselamatan (belakang)

3. Perkara ini perlu diambil berat oleh pihak tuan/puan memandangkan kebanyakan basikal yang dinaiki oleh mereka tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan di mana ianya boleh mengundang bahaya kepada mereka.

4. Pihak sekolah akan mengambil tindakan sekiranya didapati basikal yang dinaiki oleh anak tuan/puan tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan seperti yang tersebut di atas.

5. Pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memastikan anak-anak kita dapat hadir ke sekolah sebelum jam 7.25 pagi.

6. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan bagi menangani masalah ini, amatlah dihargai demi keselamatan anak-anak kita.

Sekian, terimakasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

             TT
(HJH. KHODIJAH BINTI AZIZ)
Guru Besar
SK Ampang

sk : PPD Hulu Langat

PK HEM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan