Yang dihormati
Semua Ibubapa / Penjaga Murid Ruj.Kami : SKA/03/01/001
Sekolah Kebangsaan Ampang Tarikh : 24 Jun 2010
Tuan/puan,
BASIKAL MURID
Perkara di atas adalah dirujuki.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah menetapkan beberapa perkara yang perlu ada pada setiap basikal murid-murid SK Ampang seperti berikut :
2.1 Brek Keselamatan
2.2 Tongkat
2.3 Kunci
2.4 Lampu hadapan dan lampu keselamatan (belakang)
3. Perkara ini perlu diambil berat oleh pihak tuan/puan memandangkan kebanyakan basikal yang dinaiki oleh mereka tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan di mana ianya boleh mengundang bahaya kepada mereka.
4. Pihak sekolah akan mengambil tindakan sekiranya didapati basikal yang dinaiki oleh anak tuan/puan tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan seperti yang tersebut di atas.
5. Pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memastikan anak-anak kita dapat hadir ke sekolah sebelum jam 7.25 pagi.
6. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan bagi menangani masalah ini, amatlah dihargai demi keselamatan anak-anak kita.
Sekian, terimakasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
TT
(HJH. KHODIJAH BINTI AZIZ)
Guru Besar
SK Ampang
sk : PPD Hulu Langat
PK HEM
Blog ini telah mula diaktifkan pada 10 MEI 2010. Blog ini dibina untuk perkongsian pelbagai maklumat mengenai Unit Disiplin, Sekolah Kebangsaan Ampang. Semoga blog ini bermanfaat kepada semua.
Khamis, 24 Jun 2010
Selasa, 22 Jun 2010
LAWATAN KE PROGRAM TAMAN SENI FLORIA PUTRAJAYA 2010
BADAN DISIPLIN DAN PENGAWAS SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANG TELAH DIBERI PELUANG UNTUK MENGIKUTI PROGRAM LAMAN SENI FLORIA YANG AKAN DIADAKAN DI PUTRAJAYA. PROGRAM YANG AKAN DIJALANKAN ADALAH SEPERTI MAKLUMAT BERIKUT
TARIKH : 11 JULAI 2010 (AHAD)
MASA : 12.00tgh - 5.00ptg
AKTIVITI : 1. BENGKEL MENCANTING BATIK
2. BENGKEL LUKISAN CAT AIR
3. BENGKEL LUKISAN PENSEL WARNA
4. BENGKEL MEMBUAT WAU
5. BENGKEL TEMPURUNG KELAPA
6. DEMONSTRASI TEKNIK
MEMBUAT WAU
BAYARAN : PERCUMA
PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
TEMPAT ADALAH TERHAD KEPADA 40 ORG PENGAWAS SAHAJA
HUBUNGI CIKGU IZWAN UNTUK KETERANGAN LANJUT
TARIKH : 11 JULAI 2010 (AHAD)
MASA : 12.00tgh - 5.00ptg
AKTIVITI : 1. BENGKEL MENCANTING BATIK
2. BENGKEL LUKISAN CAT AIR
3. BENGKEL LUKISAN PENSEL WARNA
4. BENGKEL MEMBUAT WAU
5. BENGKEL TEMPURUNG KELAPA
6. DEMONSTRASI TEKNIK
MEMBUAT WAU
BAYARAN : PERCUMA
PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
TEMPAT ADALAH TERHAD KEPADA 40 ORG PENGAWAS SAHAJA
HUBUNGI CIKGU IZWAN UNTUK KETERANGAN LANJUT
Langgan:
Catatan (Atom)