PENDAHULUAN
Badan disiplin semestinya bergerak selari dan seiring dengan badan-badan lain yang wujud di sekolah. Ini kerana pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu bidang ini baik di bidang akademik atau bidang bukan akademik bergantung kepada tahap disipilin pelajar itu sendiri. Pelajar yang berjaya dalam bidang kehidupan sering dikaitkan dengan mereka yang berdisiplin.
RASIONAL
Pembentukan disiplin di sekolah dilihat sama pentingnya dengan penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh itu, badan disiplin harus bergerak dalam bentuk yang terancang dan sistematik.
OBJEKTIF
1. Melahirkan dan membentuk pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta peka dengan peraturan dan undang-undang sekolah.
2. Melahirkan seorang ahli masyarakat yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik, adil, liberal dan progresif.
3. Melahirkan pelajar yang mengenal dan menilai diri sendiri dan orang lain secara rasional dan bijaksana.
4. Melahirkan pelajar yang menyayangi dan menghormati diri sendiri, orang lain, dan menghargai alam sekitar.
5. Melahirkan pelajar yang bersemangat tinggi, berilmu, berketerampilan serta menjadikan sekolah sebagai landasan menuju ke arah kecemerlangan hidup.
6. Merealisasikan slogan ‘Sekolahku, Rumahku’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan